Jika
anda membeli 2 botol Minyak Kanda Power tidak kira
mana-mana saiz, Pihak kami akan beri satu
hadiah percuma
berupa Minyak serbaguna Morhabshi.
Apa itu Minyak Morhabshi?
Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu meskipun
ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar
nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing
dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan
bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan
makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah
getahnya yang digunakan untuk menghalau atau
menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia
khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan
dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.
Morhabshi dalam Perubatan Tradisional
Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan
dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan
persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu
menguasai istana dan golongan bangsawan.
Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek
moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama
minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton,
lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti
keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu,
hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat
menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap,
barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi,
cirit-birit dan sebagainya.
Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan
pendarahan luar (luka dan sebagainya). Bagi yang
kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita,
sila semak kembali perjalanan sejarah negara,
terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat
perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat
perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.
Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat
ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan
mereka sendiri. Minyak Morhabshi diadun menggunakan
resin morhabshi dicampur lebih 30 jenis herba serta
akar kayu. Khasiat dan kegunaannya boleh dibahagi
pada tiga bahagian:
Pertama, kegunaan luaran-fizikal. Ia meliputi sakit
kulit, gatal, kudis, kayap, kurap dan sebagainya.
Selain itu ia juga baik untuk sakit urat, saraf,
otot, lenguh, sengal dan lain-lain.
Kedua, kegunaan dalaman-fizikal. Antaranya ialah
sakit perut, gigi, barah, lelah dan sebagainya.
Ketiga, kegunaan mistik. Contohnya, histeria, bayi
diganggu’, sawan, sampuk, sihir, santau, dan
lain-lain.
Dengan pelbagai kegunaan tersebut maka Minyak
Morhabshi amat sesuai dimiliki oleh setiap keluarga
untuk persediaan di kala kecemasan.
Cara menggunakan Minyak Morhabshi
Minyak Morhabshi diadun daripada herba-herba serta
akar kayu. Bahan-bahan tersebut dicampur dengan
beberapa jenis minyak yang boleh dimakan seperti
minyak kelapa dan bijan.
Secara asasnya, minyak Morhabshi disapu terus pada
bahagian tubuh yang mempunyai masalah. Contohnya
kudis, gatal, gigitan serangga dan juga lenguh serta
sakit sendi dan tulang.
Begitu juga jika kembung perut, cirit birit, sakit
kepala, sakit leher/tengkuk, sakit gigi, sakit dada,
lelah, sesak nafas dan sebagainya.
Oleh kerana minyak Morhabshi diperbuat daripada
bahan-bahan yang boleh dimakan maka ia boleh
dimasukkan ke dalam gigi/gusi yang sakit atau ulser
di dalam mulut.
Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik jika cirit
birit, buasir dan berak darah, serta kembung perut,
titiskan beberapa titis minyak Morhabshi ke dalam
air masak (1/4 cawan air) dan diminum.
Gunakan antara 4-6 titis untuk sekali minum dan
amalkan 2-3 kali sehari, atau sehingga sembuh.
Jika anda mengesyaki terkena santau atau melibatkan
sakit dalaman (yang tidak boleh disapu), gunakan
kaedah yang sama iaitu mencampurkan dengan air dan
diminum.
Bagi penyakit yang dikaitkan dengan mistik dan
misteri (seperti gangguan, sawan dan sebagainya),
calitkan ke sendi-sendi, kening, tengkuk, cuping
telinga, ubun-ubun, dan tempat sulit. Hal yang sama
juga dilakukan pada bayi.
Minyak Morhabshi memang terkenal dalam kalangan ibu
yang baru bersalin kerana ia digunakan untuk bayi
dan juga si ibu itu sendiri. Namun kanak-kanak
berumur dua tahun ke bawah, sila gunakan untuk
sapuan luar SAHAJA. Jangan diberi minum. Hal ini
kerana kanak-kanak agak sensitif, dibimbangi
terdapat alahan. Amalan menyapu pada bayi setiap
kali selepas mandi dan menjelang maghrib dapat
mengelakkan kembung dan ’gangguan’.
Minyak Morhabshi adalah ramuan tradisional dan
penyediaannya juga melalui kaedah tradisional.
Justeru tidak ada sebarang jaminan saintifik bahawa
ia akan menyembuhkan penyakit. Senarai penyakit yang
dipaparkan di sini serta pada botol dan web ialah
berdasarkan pengalaman dan testimoni para pengguna
terdahulu (sudah lebih 50 tahun digunakan).
Justeru amat dicadangkan Minyak Morhabshi digunakan
sebagai rawatan kecemasan sementara mendapatkan
rawatan sebenar daripada pihak hospital.
(Sumber Artikel: Blog dan Laman Rasmi
Pengeluar Minyak Serbaguna Morhabshi)
Ya, Saya bersetuju untuk membeli dua botol
Minyak Tembakul Kanda Power dan dapatkan
percuma sebotol
Minyak serbaguna Morhabshi.
[KlLIK
DI SINI]
Tak mengapa, saya hanya mahukan Sebotol Minyak Tembakul Kanda Power
dan melepaskan tawaran ini.
[KLIK
DI SINI]